Monday 13 April 2015

ASAM LAKSA


BAHAN - BAHAN KUAH:

1 kg ikan kembong 
1 tin kecil ikan sardine "cap ayam"
20 biji cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*
5 biji cili merah*
6 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
1 batang serai, dihiris*
1 cm lengkuas*
30 g belacan*(*dikisar halus)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 genggam daun kesom
3 keping asam gelugor
20 g asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Air secukupnya (ikut suka hati masing2 nak byk mana)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :


1 kg laksa, kalau guna yang kering, rendam 1 - 2 jam, rebus lembut, tos, cuci dgn air paip dan toskan.
Hirisan daun kesom
Hirisan daun salad
Hirisan daun selom
Hirisan cili padi
Hirisan timun (potong bentuk jejari halus)
Hirisan nenas yang didadu halus
Hirisan bawang besar
Hirisan bunga kantan (kalau suka)
Belahan limau kasturi
Daun pudina
Otak udang 

LAKSA SIAM

Bahan-bahan

  • 1 paket laksa kering -laksa saiz kecil (rebus & toskan)
  • 7-8 ekor ikan kembung/selayang (rebus, asingkan isi)
  • 1 biji kelapa (perah dlm 7-8 cawan santan) atau beli santan RM2.00
  • 5 helai daun limau purut (carik2)
  • daun kesom (carik2)
  • 1 labu bwg besar (potong 8 bhgn)
  • 3 asam keping
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu makan serbuk ikan bilis
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 sudu makan sos kicap sotong (option)

Bahan utk kisar

  • isi ikan yg diasingkan tadi
  • 8-10 cili padi merah / 20 tangkai cili kering
  • 50 g udang kering
  • 50 g lobak masin
  • 1 cm belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 inci kunyit hidup@ serbuk kunyit
  • 2 inci lengkuas
  • 2 btg serai
  • 1 inci halia
  • 5 biji buah keras

Bahan ulam:-
  • 7-8 ulas bawang putih (tumbuk, goreng bersama sedkit minyak sampai perang-ini wajib nih utk tabur) pilihan ulam-ulaman
  • kacang panjang -hiris halus
  • timun potong dadu
  • kobis  - hiris halus
  • taugeh 
  • daun selom - hiris halus
  • nenas - potong kecil
  • bunga kantan - hiris halus


Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan blander dgn santan & bwg besar, masak dgn api sederhana. Bila menggelegak, masukkan daun limau purut tadi. masukkan garam, gula & ajinomoto.
  2. Lepas tu biarkan kuah dia surut sket(pekat) dlm 1/2 inci. Lepas tu timbang rasa masin manis, lemak..

Thursday 19 March 2015

EGG MUFFIN



Bahan-Bahan :
  • 6 biji large eggs, atau 8 biji medium size eggs.
  • A splash of milk (boleh tambah air kalau susu tak de) – untuk bagi telur tu gebu.
  • Mushrooms – diced
  • 1/4 onion – diced
  • Sebatang cili hidup – cincang halus
  • Salt/pepper to taste
  • Cheese – shredded mozarella.

Cara-cara:

  • Panaskan oven (180-200C)
  • Sapu minyak/mentega pada muffin tin
  • Pukul telur, susu, garam dan pepper sampai kembang sket.
  • Tambah sayur-sayur lain.
  • Tabur cheese.
  • Curah dalam bekas muffin
  • Bakar 20-25mins.

(Kalau nak sedap, boleh juga tambah sosej dipotong dadu, capsicum, daun bawang, carrot, peas @ apa-apa yang bersesuaian.)

TROPICAL SUNDAE


Bahan-bahan:


  • 3 sudu madu
  • ¾ cawan susu segar
  • 250g creamcheese (saya guna Philadelhia)
  • 2 cawan digestive biscuits
  • ½ cawan heavy cream
  • 1 biji rollcake (any flavour/color)
  • Strawberry / Chocolate etc syrup
  • 3 biji kiwi / lain² buah, peeled & sliced
  • Sedikit chocolate rice
  • Canned whip cream (optional)

Cara Penyediaannya :

  • Whisk together madu, susu, creamcheese & heavycream sehingga lembut & sebati. Ketepikan. (mixture ini tidak manis).
  • Hancurkan digestive biscuits (nak guna biskut lain pun boleh tapi sebab digestive biscuits ni selalunya hancur dengan cantik & tak berdebu). Ketepikan.
  • Potong rollcake nipis² & saiz kecil supaya senang nak susun.
  • Sediakan bekas / jar / container kegemaran untuk susun semua ingredient. Memula masukkan rollcake yang dah dipotong kecil, susun dengan teratur.
  • Kemudian tuangkan sedikit mixture creamcheese tadi, gunakan sudu.
  • Masukkan pula strawberry syrup, lapisan tak perlu tebal, nipis sahaja.
  • Masukkan mixture selapis lagi.
  • Susun rollcake selapis.
  • Masukkan mixture lagi.
  • Tabur biskut yang dihancurkan.
  • Masukkan mixture & ulang proses sehingga habis. Saya letak chocolate syrup untuk lapisan teratas.
  • Letak whipped cream untuk deco, tabur choc rice & susun buah²an di atasnya.
  • Chill kan sebentar di dalam chiller/fridge.

Tuesday 3 March 2015

CREAM PUFF CUSTARD


BAHAN CREAM PUFF :
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN CUSTARD CREAM :
1 kuning telur
150 ml whipping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25 gram gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar
1/2 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :


UNTUK CUSTARD CREAM :- 
  • Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. 
  • Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. 
  • Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). 
  • Ketepikan.

UNTUK CREAM PUFF :- 
  • Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. 
  • Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. 
  • Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar.
  •  Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. 
  • Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang.
  • Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. 
  • Buat hingga siap.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising di atas cream puff tersebut sebagai penyeri...